Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia pada 31 Mei

    BUKIT GANTANG, 5 MEI – Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Mekah dijadualkan pada 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad.

    Beliau berkata segala persiapan bagi urusan tersebut berjalan lancar dan pihaknya sedang menunggu jemaah menjawab surat tawaran yang dihantar Lembaga Tabung Haji (TH) pada 24 April lepas.

    “Jemaah yang menerima tawaran itu hendaklah membuat persiapan seperti menyediakan pasport antarabangsa, lengkap vaksin dan mempunyai kesihatan yang baik,” katanya dalam sidang media pada Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 di Kampung Sungai Petai hari ini.

    Dilaporkan kuota jemaah haji Malaysia adalah seramai 14,306 orang tahun ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...