Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan RB Link digantung

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei
    (RB) mengumumkan penggantungan penerbangan-penerbangan RB Link ke pelbagai bandar di pulau Borneo.

    Pesawat, penyelenggaraan, insurans dan kru (juruterbang dan kru kabin) disediakan oleh Malindo Air di bawah perkongsian berkenaan dan dilancarkan di bawah produk RB Link.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, RB menjelaskan bahawa penggantungan penerbangan berkenaan akan bermula 23 Mac hingga 30 November.

    Ia akan terus dikaji semula selaras dengan permintaan bagi perjalanan udara antarabangsa dan arahan semasa kerajaan.

    RB dalam kenyataannya juga mengucapkan terima kasih kepada Malindo Air atas kerjasama dan sokongan mereka ke atas projek berkenaan serta pihak berkepentingan pelancongan dan kerajaan di Malaysia dan Brunei.

    Dengan peningkatan wabak COVID-19 di seluruh dunia dan sekatan-sekatan perjalanan yang dilaksanakan oleh pelbagai kerajaan serta penurunan drastik permintaan perjalanan udara di seluruh dunia, RB telah mengumumkan perubahan dan pengurangan jadual penerbangan sepanjang Mac dan April.

    Butiran lanjut mengenai jadual pe-nerbangan RB boleh didapati daripada laman sesawang khas RB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda