Friday, April 25, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan Sabah, Sarawak dikecualikan SST

    KUCHING, 2 Okt – Tiket penerbangan domestik di Sarawak dan Sabah dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

    Bagaimanapun kata Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Bahagian SST Jabatan Kas-tam Sarawak Noelle Lily Morse, pengecuaian itu hanya melibatkan penerbangan MASWings yang menyediakan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di 49 laluan.

    Pengecualian ini berikutan perjanjian di antara kerajaan Sarawak dan RAS yang didefinisikan sebagai perkhidmatan udara tidak ekonomik yang dijalankan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, menurutnya pada Taklimat SST anjuran Jabatan Penerbangan Sarawak, di sini hari ini.

    “Sekiranya penerbangan itu melibatkan sebagai contohnya Kuching ke Kota Kinabalu atau Kuching ke Kota Kinabalu kemudian ke Labuan, cukai akan dikenakan, pengecualian di sini bermaksud penerbangan dalaman di Sarawak dan Sabah,” katanya.

    Taklimat yang dihadiri 286 peserta melibatkan kakitangan agensi dan jabatan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu serta agensi luar seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak dan Angkatan Tentera Malaysia dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementerian Shakib Ahmad Shakir.

    Mengulas lanjut, Noelle berkata bahawa pengecualian cukai itu juga bertujuan memberi keselesaan kepada pengguna yang bergantung pada penerbangan sebagai alternatif terbaik selain menjadi pengangkutan utama yang menghubungkan penduduk di kawasan luar bandar. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda