Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan terakhir haji selamat tiba

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Penerbangan keempat dan terakhir membawa seramai 204 jemaah haji Negara Brunei Darussalam hari ini selamat tiba di tanah air menggunakan pesawat B14222 pada jam 1:50 petang.

    Jumlah itu termasuklah 163 jemaah haji yang mengikuti pakej Syarikat Darussalam Holdings dan 41 jemaah haji yang mengikuti pakej Syarikat Raudah Al-Amin. Turut sama ialah seramai 50 lagi para pegawai Maktab Pengurusan Haji Perubatan serta pegawai-pegawai dari kedua-dua buah syarikat tersebut.

    Kepulangan jemaah haji ini dialu-alukan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

    Turut menyambut ketibaan mereka ialah Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keagamaan) KHEU, Haji Harun bin Haji Junid dan wakil Kedutaan Besar Arab Saudi, Hamad Al Sayarry.

    Sejurus ketibaan, Doa Selamat telah dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid KHEU, Awang Ahmad Syafiq bin Haji Osman.

    Menteri Hal Ehwal Ugama ketika menyambut kepulangan jemaah haji.
    Antara jemaah haji wanita ketika disambut oleh isteri Menteri Hal Ehwal Ugama.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda