Wednesday, November 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan terakhir kontinjen Malbatt 850-12 berlepas

    MALAYSIA, 19 NOV – Penerbangan terakhir Kontinjen MALBATT 850-12 untuk misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) terdiri daripada 208 anggota MALBATT 850-12 termasuk 14 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah selamat berlepas dari Pangkalan Udara Subang, Malaysia menggunakan pesawat Batik Air Airbus A330-300, kelmarin.

    Hadir pada majlis pemergian tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Haji Adly bin Zahari selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir ialah Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin bersama para pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta ahli keluarga kontinjen yang telah berlepas.

    Majlis dimulai dengan tabik hormat daripada kontinjen, diikuti dengan lagu ATM dan ucapan daripada tetamu kehormat.

    Perbarisan diakhiri dengan laungan ‘Gempur Wira’ dan disusuli dengan bacaan doa.

    Perlepasan yang terakhir itu telah melengkapkan penghantaran kesemua anggota kontinjen MALBATT 850-12 yang terdiri daripada seramai 854 anggota, termasuk 30 anggota ABDB di mana dua daripadanya adalah anggota wanita untuk misi tersebut.

    Anggota-anggota ABDB daripada MALBATT 850-12 penerbangan yang terakhir sebelum berlepas ke Lubnan.
    – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    Lambaian dari kontijen MALBATT 850-12 sebelum menaiki pesawat. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda