Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan terakhir selamat tiba

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Seramai 237 jemaah haji Negara Brunei Darussalam termasuk pegawai-pegawai pengiring selamat tiba di tanah air menerusi penerbangan keempat sekali gus terakhir yang menggunakan pesawat Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) BI4228 di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) pada pukul 5:26 petang tadi.

    Jemaah berkenaan merangkumi pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (PUJH) Negara Brunei Darussalam (Perubatan) serta para jemaah termasuk pegawai-pegawai dari Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB).

    Ketibaan jemaah disambut oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan isteri.

    Turut hadir menyambut ketibaan jemaah haji ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB); Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah Al Buraithin dan para pegawai kanan kerajaan dari pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.

    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Haji Zulkifli bin Haji Murat.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi menyambut kepulangan jemaah haji di LTAB, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    GAMBAR SERAHAN KHEU
    Jemaah-jemaah haji yang selamat tiba di tanah air menerusi penerbangan terakhir, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN KHEU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda