Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerbangan V-22 Ospreys dihentikan sementara

    WASHINGTON, 10 DIS – Pentagon sekali lagi menghentikan sementara penerbangan armada V-22 Ospreys selepas komponen logam yang lemah berkemungkinan memainkan peranan terhadap sebab-sebab berlakunya kemalangan.

    Penggantungan itu dicadangkan minggu lalu berdasarkan langkah waspada daripada ketua Pemerintah Sistem Udara Tentera Laut, Naib Laksamana Carl Chebi, yang menjalankan program Osprey untuk tentera, kata jurucakap pemerintah, Marcia Hart.

    Angkatan tentera marin, darat dan udara mematuhi penggantungan yang dicadangkan, menurut kenyataan masing-masing kepada The Associated Press (AP). Angkatan tentera marin berkata penggantungan itu bermula Jumaat dan akan berkuat kuasa sehingga Isnin.

    Perkhidmatan lain dijangka mengekalkan penggantungan mereka lebih lama ketika mereka menyiasat punca kegagalan logam berkenaan.

    Siasatan terperinci dalam Osprey oleh AP yang diterbitkan bulan lalu mendapati isu keselamatan telah meningkat dalam tempoh lima tahun yang lalu, bahagian-bahagian lusuh lebih cepat daripada yang dijangkakan dan reka bentuk pesawat itu sendiri secara langsung menyumbang kepada banyak kemalangan. Bagaimanapun, Osprey boleh terbang seperti helikopter dan kapal terbang.

    Susulan laporan itu, penggubal undang-undang menghantar surat kepada Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin memintanya untuk menghentikan sementara armada Osprey sehingga penyelesaian dapat dilaksanakan bagi menangani isu keselamatan dan reka bentuk yang dikenal pasti oleh AP.

    Nahas terbaharu di Pangkalan Tentera Udara Cannon di New Mexico pada 20 November mempunyai persamaan dengan nahas di luar pantai Jepun tahun lalu yang membunuh lapan anggota Tentera Udara Operasi Khas. – AP

    Gambar menunjukkan sebuah pesawat Osprey tilt-rotor berlepas dari Soldier Field di Chicago pada 23 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda