Thursday, March 20, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penerima kurnia peribadi rafak syukur

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 19 MAC – Senyuman terukir di wajah para penerima apabila kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diterima oleh orang-orang berkeperluan khas, anak-anak yatim, orang fakir miskin dan penerima bantuan kebajikan bulanan sempena Hari Raya Aidilfitri.

    Dalam temu bual pihak media dengan Awang Mohd Marwan bin Abdullah, penerima kurnia peribadi Baginda Sultan di Daerah Belait, menzahirkan rasa syukur atas pengurniaan kurnia peribadi Baginda Sultan itu.

    Dayang Cahaya Afia Afifiah binti Mohamad Nor Hafiz, seorang anak yatim berusia 13 tahun juga mengongsikan perasaan gembira menerima kurnia peribadi Baginda Sultan, dan berkata bahawa dia merancang untuk menggunakan kurnia peribadi tersebut untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Raya selain membeli barang-barang keperluan sekolah.

    Sementara itu bagi Awang Daud Bujang, beliau mengongsikan rasa syukur dan menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada setiap tahun, dan menambah bahawa kurnia peribadi itu dapat meringankan beban keluarga.

    Berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Kurnia Peribadi Baginda Sultan pada sebelah pagi ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan acara diteruskan pada sebelah petang dengan jumlah penerima kurnia peribadi di Daerah Belait pada tahun ini adalah seramai 2,424 orang.

    Awang Daud Bujang mengongsikan kurnia peribadi itu dapat meringankan beban keluarga. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Awang Mohd Marwan menzahirkan rasa syukur atas pengurniaan kurnia peribadi Baginda Sultan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Dayang Cahaya Afia Afifiah semasa ditemu bual media. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda