KUALA LUMPUR, 18 OKT – Sandaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Odense, Denmark, kini tertumpu kepada pasangan profesional beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.
Pada perlawanan pusingan kedua di Odense Sportpark pada Khamis (Jumaat di Malaysia) pasangan pilihan keempat itu berjaya menempah tempat ke suku akhir, selepas menewaskan pasangan India, Pranaav Jerry Chopra-Reddy N. Sikki 26-24, 13-21 dan 21-11, menurut laman web Persekutuan Badminton Duna (BWF): www.bwfworldtour.bwfbadminton.com. – Bernama