Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peng Soon-Liu Ying ungguli Terbuka Kiwi

    KUALA LUMPUR, 5 Mei – Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka New Zealand selepas menundukkan gandingan Indonesia Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti pada pentas final, hari ini.

    Pada aksi di Stadium Eventfinda, Auckland, Peng Soon-Liu Ying yang diletakkan selaku pilihan kedua kejohanan, bagaimanapun diberikan tentangan sengit daripada pasangan pilihan kelima itu sebelum mencatat kemenangan 21-14, 16-21, 29-27.

    Kejayaan itu menyaksikan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu merangkul kejuaraan kedua mereka tahun ini, selepas kali pertama pada Masters Thailand, Januari lepas.

    Terdahulu, beregu di ranking kelima dunia itu mara ke final selepas menewaskan satu lagi pasangan Indonesia Hafiz Faizal-Gloria Emanuella Widjaja pada aksi separuh akhir, semalam. – Bernama

    Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying muncul juara beregu campuran Kejohanan Badminton Terbuka New Zealand selepas menundukkan Praveen Jordan dan Melati Daeva Oktavianti dari Indonesia. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda