KUALA LUMPUR, 5 JULAI – Pasangan beregu campuran Malaysia Chan Peng Soon-Goh Liu Ying merasakan diri mereka tidak
begitu tertekan untuk bersaing pada temasya Sukan Olimpik Tokyo bulan ini berbanding semasa menghadapi Olimpik Rio 2016.
Peng Soon, 33, berkata pengajaran yang diperoleh mereka pada Rio 2016 adalah tidak ternilai dan mengajar mereka untuk menangani tekanan dengan jauh lebih baik di Sukan Olimpik Tokyo, sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke gelanggang di Musashino Forest Sports Plaza.
Gandingan profesional itu merangkul pingat pe-rak di Rio 2016 selepas tewas 14-21, 12-21 kepada pasangan Indonesia Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir pada final. Kini Peng Soon tidak sabar untuk menebus kekecewaan pada final di Brazil itu dan cuba bangkit semula untuk merangkul pingat emas di Tokyo kali ini. – Bernama