Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengadil akui silap beri penalti

    BUCHAREST, 12 Jan – Pengadil Romania, Ovidiu Hategan yang terbabit dalam pertemuan perlawanan play-off Piala Dunia antara Switzerland dan Ireland Utara pada November lalu telah mengakui melakukan kesilapan memberikan Switzerland penalti kemenangan dalam perlawanan itu.

    “Ia saat yang sedih dan bukanlah sesuatu yang baik buat saya,” kata Hategan kepada televisyen Romania pada malam gala persatuan bola sepak negara itu, minggu ini.

    “Sedih kerana saya membuat kesilapan itu dan menyakitkan kerana pada pihak kami, kami perlu menunjukkan persembahan baik. Dalam dunia pengadilan, ia adalah sama dengan penjaga gol: kesilapan anda akan disedari.”

    Reaksi Hategan semasa mengadili perlawanan Liga Juara-Juara antara FC Basel dan Paris Saint-Germain di St Jakob-Park, Basel pada 1 November 2016. – AFP

    Hategan memberikan Switzerland penalti selepas mengatakan bola terkena tangan Corry Evans dalam kawasan penalti di Windsor Park, walaupun rakaman jelas menunjukkan bola itu terkena bahunya.

    Pemain Switzerland, Ricardo Rodriguez menyempurnakan penalti dan Switzerland menang 0-1. Perlawanan kedua di Basel menyaksikan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dan Switzerland mara menerusi keputusan 1-0 secara agregat ke Piala Dunia 2018 di Russia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda