Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

Pengadil digantung kerana tersilap beri dua penalti

KUALA LUMPUR, 19 MAC – Pengadil kontroversi aksi Liga Super di antara Sabah FC dan Penang FC pada Jumaat lepas, dikenakan hukuman penggantungan serta-merta daripada mengadili sebarang perlawanan Liga Malaysia 2023.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata pengadil Zulkarnain Zakaria, telah terkhilaf dalam mengintepretasi dua situasi pemberian sepakan penalti kepada Sabah, pada minit ke-41 dan masa tambahan (90+9).

“Jawatankuasa Pengadil FAM memandangkan serius perkara ini dan akan memberikan peringatan dan teguran keras kepada semua pengadil, agar sentiasa optimum dalam menjalankan tugas dengan pemahaman bola sepak secara lebih holistik.

“Jawatankuasa juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keras dan yang sewajarnya kepada mana-mana pengadil, yang menampilkan mutu pengadilan yang tidak memenuhi piawaian yang telah ditetapkan pada perlawanan akan datang,” katanya menerusi kenyataan.

Noor Azman berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM yang diketuai oleh Timbalan Presiden Datuk S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM.

Jawatankuasa itu telah bersidang semalam bagi meneliti laporan daripada Penilai Pengadil perlawanan tersebut serta klip-klip rakaman video setiap insiden berkenaan.

Sabah FC mencatatkan kemenangan 5-2 ke atas Penang FC pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu, Jumaat lepas. – Bernama

Penjaga gol Penang FC, Khatul Anuar Mohd Jalil mempertikai keputusan pengadil, Zulkarnain Zakaria semasa perlawanan antara Sabah FC menentang Penang FC, Jumaat lepas.- Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -