Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengadil Malaysia calon adili acara karate

    KUALA LUMPUR, 1  NOV – Pengadil Malaysia Dr P. Thennavan merupakan antara 26 calon untuk mengadili acara karate pada temasya Olimpik Tokyo 2020 yang dijadualkan pada Julai tahun depan.

    Referi berusia 49 tahun terbabit yang berpengalaman luas dalam kejohanan bertaraf dunia di bawah Persekutuan Karate Dunia (WKF), berkata beliau juga terperanjat apabila senarai itu diumumkan oleh badan dunia berkenaan pada Jumaat, namun pada masa sama berasa bertuah.

    Merupakan antara pengadil terbaik di Malaysia, Pengerusi Majlis Pengadil Persekutuan Karate Malaysia itu memulakan kerjayanya sebagai referi pada 1990-an selepas bersara sebagai atlet.

    “Saya langsung tidak menjangka kerana ada banyak calon di seluruh dunia dan ini merupakan kali pertama dalam sejarah karate dimasukkan sebagai antara acara sukan di Olimpik.

    Bagaimanapun, proses pemilihan adalah sukar kerana daripada 26 orang itu hanya 17 akan disenarai pendek untuk temasya di Tokyo tersebut.

    “Kami perlu menjalani penilaian menyeluruh dengan menghadiri kejohanan pada 2021, dan daripada situ saya akan dinilai sama ada bersedia atau tidak oleh WKF. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda