Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Pengajar, pelajar India terkorban dalam nahas pesawat

    MANILA, 2 OGOS – Sebuah pesawat kecil telah terhempas semasa latihan penerbangan di utara Filipina, mengorbankan seorang pelajar India dan pengajarnya warga Filipina hari ini, kata pihak berkuasa.

    Bangkai pesawat Cessna 152 ditemui di kawasan perbandaran Luna, wilayah gunung di Apayao sehari selepas ia hilang, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP).

    Usaha masih dijalankan untuk mengeluarkan jasad mangsa, kata pihak berkuasa itu.

    Pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Laoag di wilayah utara Ilocos Norte, kelmarin, beberapa hari selepas Taufan Doksuri membadai rantau itu.

    CAAP menyatakan penerbangan diteruskan pada Ahad dan cuaca ketika penerbangan tengah hari itu ‘cerah’.

    Pesawat itu sepatutnya terbang ke Lapangan Terbang Cauayan di wilayah Isabela dan kemudiannya ke destinasi akhirnya di bandar Tuguegarao di wilayah jiran Cagayan.

    CAAP mengatakan penyebab kemalangan akan disiasat dengan identiti mangsa tidak diumumkan. – AFP

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    Berita Berkaitan

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    YANGON, 23 NOV - Tentera Myanmar berkata hari ini,...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Banjir buruk Vietnam ragut 90 nyawa, 12 hilang

    HANOI, 23 NOV - Banjir berterusan yang melanda kawasan...

    Terkini

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    YANGON, 23 NOV - Tentera Myanmar berkata hari ini,...

    Siklon tropika Fina landa Utara Australia

    SYDNEY, 23 NOV - Penduduk Wilayah Utara Australia mula...