Sunday, July 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengajaran terbaik United -Mourinho

    SKOPJE, 9 Ogos – Jose Mourinho menegaskan bahawa Manchester United kembali dari kunjungan ke Skopje bagi Piala Super UEFA dengan lebih kuat meskipun mereka tewas 2-1 kepada skuad Zinedine Zidane, Real Madrid.

    Pengurus dari Portugal itu menjangkakan bahawa pasukannya bergelut menentang juara bertahan Eropah dan mereka mungkin bolos lebih banyak daripada dua gol menerusi Casemiro dan Isco, dalam setiap separuh masa.

    Tetapi pemenang Liga Europa itu mula mempamerkan permainan yang lebih baik di saat-saat akhir perlawanan selepas Romelu Lukaku mengurangkan defisit, dan pemain gantian, Marcus Rashford nyaris menyamakan kedudukan.

    “Saya selalu katakan bahawa Liga Juara-Juara dan Liga Europa adalah berbeza, dan pemenang Liga Juara-Juara jelasnya berada di potensi berlainan,” kata bekas jurulatih Real, Mourinho, yang pasukannya kini kembali ke kejohanan kelab elit Eropah musim ini.

    “Jadi untuk kami datang ke sini dan melakukan perkara positif seperti yang kami telah lakukan, saya fikir kami perlu mengekalkan rasa positif memasuki musim baru, dan Liga Juara-Juara pada bulan September.

    Pengurus Man United, Jose Mourinho (tengah) berdiri bersama beberapa orang pemainnya selepas final Piala Super UEFA menentang Real Madrid. – AP
    Pengurus Man United, Jose Mourinho (tengah) berdiri bersama beberapa orang pemainnya selepas final Piala Super UEFA menentang Real Madrid. – AP

    “Saya fikir Piala Super ini adalah pengalaman yang terbaik untuk kami.”

    United telah memenangi Piala Liga serta Liga Europa musim lepas tetapi berada di bawah tekanan untuk memperbaikinya selepas hanya berjaya menamatkan Liga Perdana di kedudukan keenam.

    Mereka akan memulakan kempen mereka di gelanggang sendiri menentang West Ham United hujung minggu ini dan pemain baru musim panas Victor Lindelof, Lukaku dan Nemanja Matic akan berharap telah melakukan secukupnya di Skopje untuk mengekalkan tempat mereka.

    Mourinho juga berpuas hari dengan bekas pemain tengah Chelsea, Matic, dengan berkata pemain antarabangsa Serbia itu mengawal bola dengan baik dan memberikan keseimbangan kepada pasukan untuk kembali dalam laluan sepatutnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda