Thursday, July 4, 2024
22.7 C
Brunei

    -

    Pengakap Belait adakan mesyuarat agung

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 1 JULAI – Sebagai sebahagian daripada acara tahunan untuk merumuskan dan membincangkan aktiviti pengakap yang diadakan sepanjang tahun lalu, pemimpin dan ahli pengakap daripada Persatuan Pengakap Daerah Belait (PPDB) telah menghadiri mesyuarat agung yang diadakan kelmarin, bertempat di bangunan utama mereka, di Jalan Maulana.

    Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi PPDB, Haji Saidin bin Haji Ibrahim dan disaksikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Belait, Awang Mohamad Hatta bin Haji Suhaili.

    Antara topik yang dibincangkan termasuk perbelanjaan kewangan serta aktiviti dan acara pengakap yang diadakan sepanjang tahun lalu, yang membawa kepada perbincangan lanjut mengenai aktiviti yang akan datang seperti persiapan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78.

    Selain perbincangan, mesyuarat agung itu turut menyaksikan pemilihan ahli jawatankuasa baharu bagi tahun 2024 hingga 2027.

    Di penghujung mesyuarat, ahli yang hadir telah mengundi jawatankuasa sedia ada untuk mengekalkan peranan masing-masing.

    Ia termasuklah Haji Saidin sebagai pengerusi, Johnny Yap sebagai timbalan pengerusi, Awang Jaleha bin Lahab sebagai setiausaha, dan Haji Ibrahim bin Dato Seri Maharaja Dian sebagai bendahari.

    Selaku pengerusi yang dilantik semula, Haji Saidin berikrar akan terus menjalankan misi dan visi pergerakan pengakap di daerah Belait, serta menyokong aktiviti pengakap yang diadakan di seluruh daerah.

    Mesyuarat agung yang diadakan di bangunan utama PPDB. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Sesi bergambar ramai ahli jawatankuasa dengan pemimpin dan ahli pengakap. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir landa China, ribuan dipindah

    BEIJING, 3 JULAI – Hampir suku juta penduduk terpaksa dipindahkan di timur China ketika hujan lebat melanda sebahagian besar wilayah negara, menyebabkan Sungai Yangtze...