BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Lapan ahli pengakap tunas daripada Pasukan Pengakap Tunas 1075, Sekolah Rendah Sengkurong, telah mengadakan aktiviti memancing di luagan kolam ikan Kampung Kupang.
Aktiviti itu bertujuan melengkapkan syarat mendapatkan Lencana Memancing, yang merupakan sebahagian daripada Skim Lencana Pengakap Tunas. Selain itu, ia juga diadakan untuk memupuk minat ahli dalam aktiviti luar kelas serta mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti bermanfaat pada hujung minggu.
Pemimpin pasukan, Dayang Nurhamizah binti Abdul Hamid, menyatakan bahawa program ini merupakan projek perintis yang berpotensi untuk diperluaskan penyertaannya kepada pasukan pengakap lain pada masa hadapan.