Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengakap Tunas kongsi keceriaan

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Pasukan Pengakap Tunas 1089 daripada Sekolah Sinaran Mas pada bulan Ramadan yang mulia ini, tidak ketinggalan untuk berkongsi keceriaan dan kegembiraan bersama keluarga yang kurang berkemampuan menerusi Program Amal Pendekatan kepada yang Memerlukan di Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Menerusi program itu, rombongan sekolah seramai 15 orang yang diketuai oleh Penolong Pengetua sekolah yang juga Pemimpin Pasukan Pengakap Tunas sekolah, Anita Goh Ai Lian bersama penolong Pemimpin Pasukan Pengakap Tunas serta ahli keluarga telah menyampaikan sumbangan kepada para penerima yang terpilih di Daerah Tutong.

    Turut hadir dalam program berkenaan ialah Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Brunei dan Muara (Bahagian Pengakap Tunas), Awang Ritchie bin Siabu.

    Menurut Anita Goh, “Dalam bulan suci Ramadan ini, kami ingin berkongsi kerahmatan bersama keluarga yang kurang berkemampuan.

    “Kami gembira untuk terlibat dalam projek kemasyarakatan seperti ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab dan keprihatinan sekolah kami dan kami sudah pun merancang untuk mengadakannya sebagai aktiviti tahunan yang berterusan sekolah kami khasnya bagi ahli-ahli Pengakap Tunas,” tambahnya.

    Program itu diadakan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan peluang untuk mendidik golongan muda bagi memedulikan golongan yang memerlukan pada bulan Ramadan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda