Thursday, November 21, 2024
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengalaman hebat di AIFFA

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Bagi meningkatkan kemahiran dan meluaskan pengalaman dalam teknik penghasilan filem, para pelajar dari Mahakarya Institue of Arts Asia telah menghadiri bengkel dan merasai pengalaman Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2019.

    Setiba di Kuching, Sarawak pada 25 April lalu, para pelajar terlebih dahulu menghadiri bengkel Starcraft AIFFA sebelum menyaksikan beberapa tayangan filem dari negara-negara ASEAN lain antaranya, Ave Maryam (Indonesia), Bhoy Intsik (Filipina), Orang Itu (Malaysia) dan Like and Old House (Vietnam).

    Pada kesempatan itu, para pelajar disarankan memahami maksud dan jalan cerita filem serta mencari bagaimana untuk mencari identiti kebangsaan masing-masing.

    Dalam pada itu, para pelajar juga berpeluang untuk menemu bual beberapa orang pengarah dan kru filem yang terlibat di AIFFA 2019.

    Salah seorang pelajar yang terlibat, Dayang Hamizah, pelajar Tahun 1 Mahakarya Institute of Arts Asia, berkata, “Saya gembira kerana pesta filem pertama saya adalah AIFFA.

    “Pesta ini membuka peluang kepada saya untuk menemui ramai pembuat filem, kru dan pelakon serta menikmati pengalaman menghadiri pesta filem,” jelasnya. Dayang Hamizah menambah bahawa di sana dia juga mempelajari banyak perkara antaranya perbezaan filem box office dan pawagam bebas, di mana identiti negara memainkan peranan penting.

    “Saya tidak sabar untuk kembali ke tanah air dan meneroka identiti sendiri melalui hasil kerja saya nanti.”

    Para pelajar yang menyertai bengkel perfileman bergambar ramai sempena AIFFA 2019 di Kuching.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda