Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengalaman kanser kerabat diraja mengejutkan – Putera William

    LONDON, 3 OKT – Putera William menyifatkan pengalaman kanser yang dihadapi oleh kerabat diraja baru-baru ini, selepas berdekad menikmati kesihatan yang baik, ibarat kejutan yang menggugat kestabilan atau menghilangkan keseimbangan, lapor PA Media/dpa.

    Pewaris takhta British dengan gelaran Putera Wales itu berkata kerabat diraja merupakan ‘keluarga yang sangat bertuah’ dengan usia panjang dan kesejahteraan mendiang Ratu dan Duke of Edinburgh selain pandangan yang positif membuatkan mereka mungkin berasa ‘ia tidak akan berlaku kepada kami’.

    Namun pada awal 2024, Puteri Wales dan Raja Charles mengumumkan bahawa mereka telah disahkan menghidap kanser, sekali gus menimbulkan kebimbangan yang serius.

    Kenyataan itu dibuat semasa penampilannya dalam siri travelog pelakon komedi Eugene Levy, dan beliau memberitahu selebriti itu, “Kami sangat bertuah, kami tidak mengalami banyak penyakit dalam keluarga untuk tempoh yang sangat lama.

    “Kedua-dua nenda saya hidup sehingga mereka mencapai usia lewat 90an. Jadi, mereka adalah lambang kesihatan dan kecergasan, ketabahan serta daya tahan. Oleh itu, kami amat bertuah sebagai sebuah keluarga.”

    Pada Mac 2024, Kate mendedahkan dalam sebuah video bahawa beliau sedang menerima rawatan untuk kanser, manakala pada awal Februari diumumkan bahawa Charles juga telah disahkan menghidap penyakit itu.

    Raja Charles pula sedang menerima rawatan berterusan untuk kanser yang tidak didedahkan tetapi tetap meneruskan tugas rasmi baginda di dalam dan luar negara. – Bernama

    Putera William ketika menghadiri pelancaran Global Humanitarian Memorial di London pada 1 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda