Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pengalaman menarik balik raya guna EV

    KUALA LUMPUR – Walaupun penggunaan kenderaan elektrik (EV) untuk perjalanan jauh belum meluas di Malaysia namun beberapa penggemar kenderaan jenis itu yang memandu EV balik beraya di kampung baru-baru ini, membuktikan ia adalah pengalaman menarik.

    Seorang peminat EV, Farhan A Rahim, 45, yang memandu kenderaan jenis itu dari rumahnya di Bangi, Selangor ke kampungnya di Kuantan, Pahang untuk beraya berkata beliau tidak menghadapi sebarang masalah melakukan pemanduan jarak jauh menggunakan kenderaan itu.

    “Ramai orang bertanya sama ada sesuai menggunakan EV untuk balik ke kampung dan menempuh perjalanan jauh. Saya kata ia adalah sesuai dan saya dah lakukan tanpa sebarang masalah,” katanya kepada Bernama.

    Farhan, seorang jurutera yang telah memiliki EV selama hampir dua tahun berkata dia berasa selesa menggunakan kenderaan tersebut bukan sahaja dalam kawasan bandar tetapi juga untuk perjalanan jauh dan memandu EV balik ke kampungnya di Kampung Permatang Badak kali ini, bukanlah kali pertama.

    “Mula-mula tak yakin juga sebab memang diketahui banyak cabaran untuk menggunakan EV secara jarak jauh seperti nak cari tempat cas kereta, takut tersangkut di trafik dan nak cari tempat untuk servis kereta di perjalanan dan sebagainya,” katanya 

    Seorang lagi pengguna EV, Amyrul Annas Rosli, 29, yang bekerja sebagai Penasihat Jualan Kenderaan berkata dia, isteri dan dua orang anaknya balik beraya di kampung di Bagan Datuk, Perak  menggunakan EV dan tidak menghadapi sebarang masalah.

    Berkongsi cabaran sama seperti Farhan, Amyrul Annas mengakui EV miliknya juga perlu dicas di stesen tertentu sahaja dan walaupun boleh mengecas kereta menggunakan ‘plug tiga point’ biasa di rumah namun ia akan mengambil masa yang panjang.

    “Saya juga percaya masalah ini dapat diselesaikan satu masa nanti bila lebih ramai pengguna EV di negara ini dan lebih banyak stesen mengecas EV akan diadakan,” katanya. – Bernama

    Gambar menunjukkan perkongsian perjalanan Farhan A Rahim menggunakan EV dari rumahnya di Selangor ke kampungnya di Kuantan. – Bernama
    Amyrul Annas Rosli bergambar bersama kenderaan EV miliknya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...