Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengalaman pahit pelancong terperangkap dalam bas

    TOKYO, 12 JUN – Dua pelancong terperangkap di dalam bas yang tidak beroperasi di Jepun terpaksa menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan untuk keluar, kata syarikat pengangkutan itu kelmarin, ketika negara itu berdepan dengan lonjakan pelawat asing yang tidak semuanya dialu-alukan.

    Kejadian itu berlaku di ibu negeri purba Kyoto minggu lalu selepas pasangan itu menaiki bas tanpa menyedari bahawa ia tidak beroperasi, menurut pengendali Syarikat Bas JR Jepun Barat.

    Tidak lama selepas bertolak, ternyata ada sesuatu yang tidak kena, bas itu sunyi sepi dan panel paparannya tidak menunjukkan destinasi.

    Namun apabila pelancong meminta pemandu berhenti dan membenarkan mereka turun, permintaan mereka diabaikan.

    “Disebabkan masalah bahasa, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik,” kata jurucakap syarikat itu kepada AFP.

    Dengan bas tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti, kedua-dua pelancong terpaksa menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

    Atas arahan polis, pemandu itu akhirnya berhenti dan pengalaman pahit selama 20 minit itu berakhir. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda