Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengamal Media dihargai

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Pengamal media tempatan telah dihiburkan dengan pelbagai permainan dan aktiviti menyeronokkan pada Malam Penghargaan Media 2019 yang dianjurkan oleh Boustead Sdn Bhd, di Hotel Radisson, di ibu negara, semalam.

    Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Lim Jin Lee dalam ucapannya pada majlis penghargaan media tersebut antara lain menekankan mengenai peranan penting media kepada organisasi perniagaan.

    “Apa yang menggalakkan kami untuk meneruskan hubungan ini dengan anda adalah sokongan anda yang menarik dan mengagumkan.

    “Sambutan malam media melalui hiburan yang menyeronokkan menandakan kejayaan media yang telah bertahun-tahun bersama kami,” tambahnya.

    Pelbagai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan telah dijalankan bagi memeriahkan acara tersebut.

    Para pengamal media tempatan juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menerima menerusi cabutan bertuah yang diadakan.

    Pengamal media bergambar ramai pada Malam Penghargaan Media 2019 di Hotel Radisson baru-baru ini. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda