MIRI, 1 Mac – Menteri Muda Pelancongan Sarawak, Datuk Lee Kim Shim menyaran agar pengamal media mengikuti kursus jangka pendek bagi meningkat pengetahuan mereka untuk menghadapi cabaran daripada media sosial.
Beliau berkata oleh itu mereka boleh bekerjasama dengan Universiti Curtain di sini. “Kursusnya perlu memfokus kepada penggunaan alat terbaharu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT),” katanya pada majlis makan malam sempena pemilihan anggota jawatankuasa Persatuaan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) 2017-2018 di sini malam tadi. – Bernama