Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengamal media pandu uji Mitsubishi XForce

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Mitsubishi sentiasa memperkenalkan kereta yang terbaik untuk pelanggan terutama kereta bersaiz besar yang memberi segala keperluan kepada pemiliknya.

    Baru-baru ini, GHK Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Mitsubishi telah memperkenalkan keluaran Mitsubishi XForce yang tampil dengan wajah sportif dan moden tetapi masih berpegang kepada konsep penampilan Silky & Solid SUV yang berevolusi. Rekaan kabin XForce pula nampak kemas dan minimalis dengan rekaan yang mendatar.

    Sehubungan itu, pihak media telah diberi peluang untuk melakukan pandu uji kereta tersebut bagi mengetahui lebih dekat model itu yang berlangsung di Hotel Mulia, Anggerek Desa, Berakas.

    Semasa melakukan pandu uji, pengalaman bersama XForce itu sangat memuaskan. Walaupun kereta tersebut besar, luas dan panjang, ia terasa ringan dan sempurna.

    Dengan adanya sistem teknologi yang dijana enjin petrol MIVEC 4A91 1.5 liter, ia telah memberi cengkaman yang unggul, stabil dan dinamik semasa pandu uji berkenaan.

    Antara maklumat yang dipamerkan di maklumat hiburan Smartphone-link Display Audio (SDA) Mitsubishi XForce bersaiz 12.3-inci. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Pengamal media bergambar ramai semasa menghadiri acara pandu uji Mitsubishi XForce yang dianjurkan GHK Motors Sdn Bhd, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    ATAS & BAWAH: Model Mitsubishi Force yang dipamerkan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Bahagian dalam Mitsubushi XForce. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    XForce juga turut menghasilkan 104hp pada 6,000 rpm dan tork 141Nm pada 4,000 rpm. Nadi kereta berkenaan pula dipadankan bersama transmisi CVT.

    XForce juga menampilkan papan pemuka dengan panel kelompok digital bersaiz 8-inci yang seolah-olah bersambung dengan unit maklumat hiburan Smartphone-link Display Audio (SDA) bersaiz 12.3-inci.

    Dari aspek keselamatan, XForce dilengkapi dengan enam beg udara serta sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) yang terdiri daripada Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Pencegahan Perlanggaran Hadapan (FCM), Pancaran Lampu Tinggi Automatik (AHB), Notifikasi Pegerakan Kereta di Hadapan (LCDN), Amaran Titik Buta dengan fungsi Bantuan Tukar Lorong (BSW/LCA) dan Amaran Lintasan Trafik di Belakang (RCTA).

    XForce ditawarkan dengan enam pilihan warna yang ranggi iaitu Jet Black Meca, Quartz White Pearl, Graphite Gray Metallic, Blade Silver Metallic, Energetic Yellow Metallic dan Red Metallic.

    Hadir semasa sesi pandu uji berkenaan ialah Pemasaran Digital dan Juruanalisis Data, Dayang Hamizah, bersama-sama wakil dari GHK Nur Siraaj, Rafee, Asmah, Aiman dan Mas Idayat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda