VIENNA, 29 April – Austria kelmarin berkata ia akan menyiasat insiden 2012 di mana anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Golan Heights dilaporkan membiarkan anggota polis Syria menuju ke tapak serbuan yang membawa maut.
Rakaman video yang dibuat oleh anggota pengaman Austria dan disiarkan secara Online oleh Falter secara mingguan pada Jumaat yang menunjukkan bahawa penyeludup dari Syria merancang melancarkan serangan hendap di sebalik batu-batu.
Sejam kemudian, sebuah jip putih dengan anggota polis Syria tiba dan anggota pengaman Austria membiarkan mereka untuk lepas, menurut Falter. Rakaman tersebut menunjukkan warga Syria itu ditembak dan dibunuh.
Perbincangan antara beberapa anggota pengaman turut kedengaran dalam klip tersebut di mana mereka tahu bahawa mereka membiarkan anggota polis itu terperangkap, menurut Falter.
“Anda perlu beritahu mereka,” menurut salah seorang anggota pengaman memberitahu kepada yang lain dalam dialek Austria. “Ia akan bermula, anda akan lihat,” beritahu yang lain apabila kenderaan itu menghampiri serangan hendap.
Menteri pertahanan Austria berkata suruhanjaya khas telah menjalankan tugas kelmarin.
“Sebagai permulaan, semua laporan, arahan, undang-undang yang berkaitan untuk siasatan telah dikumpulkan, diperiksa dan dinilai,” menurut jurucakap, Michael Bauer menerusi Twitter.
“PBB telah menjemput untuk bekerjasama dengan kami,” menurutnya melalui Twitter.
Agensi Akhbar Austria memetik kenyataan jurucakap PBB yang menyifatkan video itu sebagai ‘mengganggu’.
Badan dunia akan secara aktif mengikuti mengenai isu dengan kerjasama pihak berkuasa Austria, menurut jurucakap tersebut. – AFP