Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengambilalihan Asiana Airlines bernilai AS$2.1 bilion gagal

    SEOUL, 11 SEPT – Perjanjian bernilai AS$2 bilion untuk pemaju hartanah Korea Selatan bagi mengambil alih Asiana Airlines yang kerugian, akibat wabak COVID-19, menemui kegagalan hari ini, dengan bank-bank milik negara melakukan jaminan untuk berusaha menyelamatkan 9,000 pekerja.

    Sekatan perjalanan global yang dikenakan untuk cuba mengawal penularan virus telah mendatangkan malapetaka kepada industri penerbangan, tetapi Asiana sudahpun bermasalah sebelum wabak lagi.

    Pada bulan Disember, sebuah konsortium yang diketuai oleh HDC Hyundai Development bersetuju untuk membeli saham pengendali dalam syarikat penerbangan dari pemegang saham terbesarnya, Kumho Industrial dan menyediakan wang tunai dalam perjanjian berjumlah 2.5 trilion won (AS$2.1 bilion).

    Tetapi Asiana melaporkan kerugian operasi sebanyak 268 bilion won dalam enam bulan pertama tahun ini dengan hutangnya meningkat kepada 11.5 trilion won.

    Ia telah membatalkan sebahagian besar penerbangan antarabangsa dan sejak bulan April lalu, semua 9,000 pekerjanya mendapat cuti tanpa gaji selama 15 hari sebulan setelah berusaha keras untuk terus bertahan.

    HDC berulang kali berusaha untuk menghidupkan kembali syarikat penerbangan tersebut, dalam apa yang dilihat secara meluas usaha memaksa menurunkan nilainya.

    “Kumho Industrial telah memberitahu HDC mengenai penamatan perjanjian itu,” kata Choi Dae-hyun, naib presiden pemiutang utama Asiana Bank Pembangunan Korea (KDB), hari ini.

    KDB dan satu lagi pemberi pinjaman eksport-import Bank of Korea dari akan memberikan 2.4 trilion won ke syarikat penerbangan itu untuk membantunya meneruskan operasi, katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda