Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengambilan baju King’s Baton Relay pada 9 November

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 NOV – Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) mengumumkan kepada semua peserta King’s Baton Relay (KBR) yang berdaftar, bahawa pengambilan baju adalah pada hari larian iaitu 9 November di Kawasan Lapang (Bendera Besar) Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, bermula 5:30 hingga 6:30 pagi.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, BDNOC menasihatkan para peserta untuk tiba lebih awal bagi mengambil baju-T Larian KBR rasmi mereka dan bersedia untuk acara berkenaan.

    Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa hanya peserta berdaftar sahaja yang boleh mengambil baju-T Larian KBR dan mereka tidak boleh melantik seseorang untuk mengambil bagi pihak mereka.

    Larian KBR dijadualkan bermula pada pukul 6:45 pagi, menandakan penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam perjalanan global King’s Baton menjelang Sukan Komanwel Glasgow 2026.

    Setelah selesai Larian KBR, para peserta akan menerima sijil sebagai tanda pencapaian.

    Acara itu bertujuan untuk meraikan perpaduan, penglibatan belia dan kelestarian alam sekitar melalui penyertaan masyarakat dalam sukan.

    Peta laluan bagi Larian KBR pada 9 Novermber. – GAMBAR SERAHAN BDNOC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda