Thursday, March 13, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengambilan guru CfBT baharu sedang dibincang

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Kementerian Pendidikan telah pun memperbaharui kontrak perkhidmatan 200 orang guru CfBT bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2024.

    Sepertimana lazimnya, mereka telah pun ditempatkan di sekolah-sekolah rendah dan menengah, maktab-maktab dan pusat-pusat tingkatan enam kerajaan untuk mengajar mata pelajaran dan literasi Bahasa Inggeris.

    Perkara berkenaan antara yang dijelaskan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh bagi menjawab persoalan daripada Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Mumin mengenai jumlah guru CfBT yang masih berkhidmat kini dan apakah strategi keluar (exit strategy) yang dirancang oleh kementerian memandangkan pengambilan guru-guru CfBT secara kontrak single-sourcing telah berlangsung selama empat dekad dengan kos yang amat tinggi, yang mana pada masa ini jumlah guru CfBT yang dilaporkan adalah seramai 199 orang di bawah perkhidmatan Kementerian Pendidikan, semasa Persidangan MMN ke-21 yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, hari ini.

    Menjawab soalan Yang Berhormat Hajah Rosmawatty mengenai strategi Kementerian Pendidikan bagi mengurangkan kebergantungan kepada perkhidmatan guru-guru CfBT, Yang Berhormat Menteri Pendidikan menyatakan beberapa sesi perbincangan awal bersama pihak-pihak berkepentingan termasuk CfBT telah pun diadakan sebagai persediaan mengenai jumlah pengambilan guru CfBT dalam kontrak akan datang.

    Yang Berhormat Menteri Pendidikan menjawab persoalan semasa Persidangan MMN ke-21 kelmarin. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda