Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengambilan HECAS bagi kemasukan UNISSA, PB bermula hari ini

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OGOS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengajian Tinggi memaklumkan bahawa pengambilan melalui HECAS bagi kemasukan Januari 2026 Sesi Akademik 2025/2026 secara dalam talian ke institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Politeknik Brunei (PB) akan bermula pada 18 Ogos, pukul 9 pagi dan akan ditutup pada 11 September, pukul 3 petang.

    Sehubungan itu, mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan, www.moe.gov.bn atau laman sesawang HECAS, hecas.moe.gov.bn.

    Bagi pemohon yang mempunyai sebarang pertanyaan, mereka boleh berhubung terus dengan Pentadbiran HECAS melalui e-mel, ask.hecas@moe.gov.bn atau nombor telefon, 2381992/2381224 semasa waktu pejabat.

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda