Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengambilan pekerja di AS agak perlahan

    WASHINGTON, 2 SEPT – Syarikat-syarikat di Amerika Syarikat (AS) telah memperlahankan pengambilan pekerja mereka pada bulan Ogos lalu di tengah-tengah kenaikan kadar faedah, inflasi yang tinggi dan perbelanjaan pengguna yang lembap, tetapi masih menambah 315,000 pekerjaan.

    Rumah Putih melaporkan hari ini bahawa keuntungan pekerjaan bulan lepas turun daripada 526,000 pada Julai lalu dan di bawah purata keuntungan tiga bulan sebelumnya. Kadar pengangguran meningkat kepada 3.7 peratus, daripada paras terendah setengah abad sebanyak 3.5 peratus pada bulan Julai, apabila lebih ramai rakyat AS keluar mencari pekerjaan.

    Kadar pembayaran gaji meningkat pada kadar terpantas dalam beberapa dekad ketika majikan berebut-rebut untuk mengisi pekerjaan, pada masa yang semakin sedikit rakyat AS yang bekerja atau mencari pekerjaan selepas wabak melanda dunia.

    Purata gaji setiap jam melonjak 5.2 peratus pada bulan Julai berbanding tahun sebelumnya. Namun, itu kurang daripada 5.6 peratus tahun ke tahun pada bulan Mac, yang merupakan peningkatan tahunan terbesar dalam 15 tahun di luar musim bunga 2020 ketika wabak COVID melanda.

    Walaupun perolehan pekerjaan merosot dari Julai, laporan tersebut masih menunjukkan pasaran buruh yang berdaya tahan dan ekonomi yang stabil. Bilangan orang yang mencari kerja melonjak bulan lalu, yang meningkatkan kadar pengangguran kerana tidak semua mereka mendapat pekerjaan dengan segera. Kemasukan pencari kerja sepatutnya membantu majikan mengisi bilangan pembukaan yang hampir mencatat rekod dalam beberapa bulan akan datang.

    Keuntungan bulan Ogos yang lebih kecil mungkin diterima oleh Rizab Persekutuan (Fed). Fed sedang menaikkan kadar faedah dengan pantas dalam usahanya meningkatkan pertumbuhan pengambilan pekerja dan gaji secara konsisten. Perniagaan pada kebiasaanya menyalurkan kos gaji yang lebih tinggi kepada pelanggan mereka melalui harga yang lebih tinggi, sekali gus meningkatkan kadar inflasi.

    Pegawai Fed berharap dengan peningkatan kos pinjaman merentas ekonomi, mereka dapat mengurangkan inflasi daripada paras tertinggi hampir 40 tahun. Walau bagaimanapun, beberapa orang pakar ekonomi memberi amaran pengetatan kredit dengan agresif mungkin akan menyebabkan kemelesetan ekonomi. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda