BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa pengambilan pusingan kedua HECAS 2019 secara online bagi kemasukan ke Universiti Brunei Darussalam bagi tahun akademik 2019/2020 akan ditutup pada 4 September, jam 4:30 petang.
Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya mengingatkan, sebelum tarikh tutup HECAS, pemohon adalah dikehendaki membuat pembayaran tertunggak melalui aplikasi mudah alih BIBD atau secara tunai di kaunter pembayaran di Tingkat 1 Blok B, Unit Tunai dan Hasil, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan dan mendaftar melalui UBD Online Admissions Application (OASys).