Gambar Bernama NEGERI SEMBILAN – Dodol atau lebih popular disebut penganan oleh masyarakat Negeri Sembilan adalah antara hidangan tradisi wajib yang akan dibuat setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Namun begitu, proses pembuatannya bukanlah semudah disangka kerana ia memerlukan semangat dan kesabaran yang tinggi. Menyediakan penganan boleh memakan masa sehingga lima hingga tujuh jam,

