Monday, December 23, 2024
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penganggur dipenjara kerana mencuri

    Oleh Nour Maghfirah – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Seorang penganggur berusia 24 tahun dijatuhi hukuman penjara 16 bulan kelmarin selepas dia mengaku bersalah atas pelbagai pertuduhan mencuri di Mahkamah Majistret minggu lalu.

    Majistret Normazdina binti Haji Mohd Maskub mendengar daripada Timbalan Pendakwa Raya Abdul Musawwir bin Haji Mahli bahawa defendan, Mohammad Aiman bin Harman, bersama tiga yang lain, telah mencuri bot gentian kaca, enjin 60HP dan treler bot dari sebuah rumah di Kampung Kasat antara petang 8 September dan pagi 9 September. Barang-barang tersebut bernilai $7,540.

    Defendan mengaku menunda bot dan treler itu dengan sebuah kenderaan dan kemudian menjual bot dan enjin itu pada harga $2,000 di Limbang. Defendan menerima hanya $50 daripada jualan itu, dan polis hanya mene-mui treler bot.

    Dalam kejadian berasingan pada 14 September, defendan dan rakan sejenayahnya mencuri sebuah lagi bot dari belakang sebuah stesen pengisian minyak di Kampung Suran, Daerah Tutong.

    Rakaman CCTV mendedahkan kecurian itu dan defendan kemudiannya mengaku terlibat. Bot yang dianggarkan bernilai $350 itu berjaya ditemui.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda