Saturday, February 8, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penganggur mencuri dijatuhi penjara 24 bulan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – Seorang penganggur yang berdepan dakwaan menceroboh dengan niat untuk mencuri, dijatuhi hukuman 24 bulan penjara oleh Mahkamah Perantaraan, hari ini.

    Hukuman dijatuhkan Hakim Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli terhadap Muhd Dzuljalal Wal Ikram bin Omar Ali yang mengaku bersalah menceroboh Bilik Jabatan Biologi, Universiti Brunei Darussalam antara 29 dan 30 Ogos 2017.

    Tertuduh memasuki bilik itu melalui tingkap yang tidak berkunci dan mencuri beberapa peralatan makmal.

    Penolong makmal yang datang bekerja keesokan harinya, mendapati beberapa peralatan telah hilang dan terus membuat laporan polis.

    Siasatan polis membawa kepada tangkapan tertuduh yang mengakui telah menjual barang-barang yang dicuri itu dan menukarnya dengan dadah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda