Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penganggur mengaku salah cederakan anak kandung dengan parang

    KUALA LUMPUR, 24 OKT – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan mencederakan anak perempuannya berusia 10 tahun dengan sebilah parang, dua hari lepas.

    Bagaimanapun, Hakim Dr Azrol Abdullah menetapkan 29 Oktober ini untuk fakta kes dan jatuh hukum bagi kes berkenaan.

    K. Vejesh, 49, didakwa dengan sengaja mencederakan anak kandungnya di sebuah unit pangsapuri di Setapak, Wangsa Maju di Kuala Lumpur pada 1:30 pagi, 22 Oktober lepas. 

    Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda