MIRI, 30 SEPT – Seorang penganggur berusia 44 tahun yang ditahan dengan syabu seberat 11 gram bernilai RM1,900 dirampas, dalam satu serbuan dilakukan di hadapan sebuah rumah pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Supt Hasnir Abdul Hamid berkata, suspek seorang lelaki tempatan ditahan di Soon Hup Garden, Jalan Engkabang pukul 10.50 pagi ini oleh pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.
“Semasa pemeriksaan dijalankan suspek telah mencampak beg hitam di atas jalan dan setelah diperiksa isi kandungan beg tersebut mengandungi dadah, dompet dan kad pengenalan diri milik suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama