Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengangkutan awam sama-sama sekat penularan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Sejak laporan pertama tentang penularan virus COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada 9 Mac lalu, langkah-langkah keselamatan dan kebersihan telah diambil perhatian oleh semua pihak termasuk penyedia pengangkutan awam di negara ini.

    Penyedia pengangkutan awam termasuk laut, darat dan udara juga sudah mengambil langkah yang perlu bagi mematuhi peraturan kesihatan serta keselamatan ketat supaya penularan virus COVID-19 dapat dikekang.

    Untuk menghilangkan ketakutan dan membendung penularan penyakit itu, syarikat-syarikat pengangkutan awam seperti bas awam dan teksi yang lain mengambil semua langkah bagi menjaga kesihatan dan kesejahteraan, bukan hanya penumpang tetapi juga kakitangan mereka.

    Rata-rata pemandu bas awam dan konduktor bas yang ditemui Media Permata di Pusat Membeli-Belah The Mall, Gadong hari ini, mengongsikan bahawa mereka terus mempergiatkan usaha dan langkah proaktif bagi menyekat penularan COVID-19, terutama sekali dalam bas awam.

    Menurut Elfi, salah seorang konduktor bas yang ditemui semasa berhenti mengambil penumpang di The Mall Gadong, langkah-langkah seperti membersihkan kawasan tempat duduk, pintu bas, handrails, dilakukan sebelum penumpang baharu masuk, de-ngan menggunakan cecair pembasmi kuman.

    Inisiatif berkenaan, ujarnya, selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa untuk sentiasa menjaga penjagaan kebersihan di tahap tertinggi bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

    “Bagi keselesaan dan keselamatan penumpang serta kakitangan bas awam, mereka yang memiliki simptom demam, batuk dan kesukaran bernafas dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan bagi mengelak daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku,” tambahnya.

    Syarikat itu juga menetapkan pemeriksaan kesihatan pagi untuk pemandu bas sebelum ditempatkan di laluan masing-masing sebagai sebahagian daripada langkah untuk menjaga kesejahteraan kakitangannya.

    Pemandu bas juga diberikan taklimat dengan maklumat mengenai virus, dari segi apa yang mereka boleh lihat dan prosedur operasi standard (SOP) dalam situasi kecemasan yang
    membabitkan pelanggan mereka.

    Konduktor bas awam membersihkan tempat duduk sebelum penumpang memasuki bas berkenaan semasa berhenti di Gadong.
    Pintu bas turut dibersihkan dalam mengekang penularan wabak COVID-19.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda