Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Penganjur ambil langkah proaktif tangani isu jabat tangan

    WASHINGTON, 1 OGOS – Elina Svitolina dari Ukraine meraih kemenangan kedua berturut-turut ke atas Victoria Azarenka dari Belarus pada Jelajah WTA Terbuka DC di Washington kelmarin, beberapa minggu selepas pertembungan Wimbledon mereka dicemari kontroversi berjabat tangan.

    Azarenka telah dicemuh oleh penonton di Wimbledon bulan lepas selepas kekalahannya kepada Svitolina, dengan penonton menganggap dia telah mengabaikan lawannya dari Ukraine dengan tidak mara ke jaring untuk berjabat tangan.

    Padahal, Svitolina tidak merancang untuk berjabat tangan sesuatu yang dia enggan lakukan dengan pemain dari Rusia dan Belarus sejak pencerobohan tanah airnya.

    Kelmarin, penganjur kejohanan di Washington berhasrat untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berulangnya kontroversi itu dengan memaklumkan penonton sebelum perlawanan bahawa tidak akan ada jabat tangan.

    Paparan skrin arena menunjukkan mesej: ‘Pada akhir perlawanan tidak akan ada jabat tangan antara pemain’.

    Svitolina (kiri) berjalan melepasi Azarenka sebelum permulaan perlawanan mereka semasa Hari 3 Terbuka Mubadala Citi DC di Pusat Tenis Rock Creek pada 31 Julai di Washington, DC. – AFP

    “Kami menghargai rasa hormat awda kepada kedua-dua atlet semasa dan selepas perlawanan, dan atas pemahaman awda semasa keadaan yang sukar ini,” tambahnya.

    Dengan isu itu selesai, kedua-dua pesaing menyajikan pertarungan sengit yang menyaksikan tidak kurang daripada 17 break of serve sebelum Svitolina akhirnya menang 7-6 (7/2), 6-4.

    Svitolina meraih kemenangan dengan mematahkan servis Azarenka pada permainan ke-10 set kedua.

    Pukulan kilas Azarenka yang liar menghadiahkan Svitolina mata perlawanan yang disempurnakannya pada percubaan pertama melalui pukulan forehand ke penjuru gelanggang. Azarenka memuji kemenangan Svitolina dengan mengangkat ibu jari seketika sebelum meninggalkan gelanggang. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini