Tuesday, September 17, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penganjur masih belum selesai bayar Aiman Tino

    Menjelang kedatangan Syawal beberapa hari lagi, penyanyi Aiman Tino memberi peringatan kepada pihak penganjur agar melunaskan bayaran persembahan tertunggak kepadanya.

    Memetik laporan mStar, Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 26, berkata, sehingga saat ini beliau masih belum menerima apa-apa bayaran daripada persembahan nyanyian yang telah disempurnakan.

    “Salam nak raya dah ni, mana bayaran saya? Persembahan sudah selesai tapi bayaran tak masuk-masuk! Sila hubungi saya,” katanya.

    Aiman berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.

    Dalam pada itu, Aiman juga memohon agar individu yang dimaksudkan itu menyedari perkara ini tanpa perlu disebutkan namanya.

    Tambah penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu juga, selain mencari keberkatan di malam 10 terakhir Ramadan ini beliau meminta agar segala hutangnya turut dilangsaikan dengan kadar segera.

    “Takkan saya nak mesej sebut nama setiap orang. Faham-fahamlah ya.

    “Kejar malam lailatul qadar sambil bayarlah mana yang patut juga,” ujarnya. – Agensi

    Aiman Tino menuntut bayaran persembahan yang masih belum diterima. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda