Sabtu, 22 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penganjur Olimpik batal latihan triatlon, pencemaran sungai Seine

    PARIS, 28 JULAI – Sesi latihan pertama untuk ahli sukan triatlon di Sukan Olimpik Paris dibatalkan hari ini kerana pencemaran di Sungai Seine, kata penganjur.

    Berikutan mesyuarat ‘mengenai kualiti air’ dan ujian, “keputusan bersama telah diambil untuk membatalkan bahagian renang dalam orientasi triatlon,” kata kenyataan Paris 2024 dan Triatlon Dunia.

    Sungai Seine diisytiharkan cukup bersih untuk berenang dalam ujian mulai pertengahan Julai, tetapi masih diragui sama ada perairan itu sesuai untuk pertandingan.

    “Paris 2024 dan Triatlon Dunia mengulangi bahawa keutamaan adalah kesihatan ahli sukan. Analisis yang dijalankan semalam di Seine menunjukkan tahap kualiti air yang tidak dapat memberi jaminan yang mencukupi untuk membolehkan acara itu berlangsung,” kata kenyataan itu.

    Penganjur menyalahkan hujan sejak beberapa hari kebelakangan ini dan berkata mereka ‘yakin’ kualiti air akan bertambah baik sebelum pertandingan triatlon yang bermula pada 30 Julai.

    Sekiranya hujan lebat, kumbahan yang tidak dirawat boleh dihanyutkan ke dalam sungai.

    Jika kualiti di bawah piawaian, ‘Pelan B’ adalah melibatkan penangguhan acara selama beberapa hari atau memindahkan renang maraton ke Vaires-sur-Marne, di sungai Marne di timur Paris.

    Pada 17 Julai, Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo telah berenang di Seine bersama ketua penganjur Paris 2024, Tony Estanguet. – AFP

    Kelihatan bot yang membawa anggota delegasi belayar di sepanjang Seine semasa upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 pada 26 Julai. Pencemaran sungai itu baru-baru ini memaksa latihan triatlon dibatalkan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda