Saturday, November 16, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penganjuran LIMA diharap terus bawa kejayaan

    KUALA LUMPUR, 28 MEI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ‘23) yang melabuhkan tirainya semalam akan terus membawa kejayaan kepada negara dalam penganjuran yang akan datang.

    Beliau turut berharap acara dwitahunan itu kekal membawa pulangan berganda meliputi sektor ekonomi, perdagagangan, pertahanan dan keselamatan.

    “Semestinya besar harapan agar LIMA ‘23 akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim sekali gus merealisasikan Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) dan Pelan Induk Perkapalan Malaysia,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berucap pada majlis penutupan LIMA ‘23 semalam berkata perjanjian bernilai RM17.6 bilion telah ditandatangani pada LIMA ‘23 dengan RM10.1 bilion dalam 43 kontrak adalah berkaitan pertahanan.

    LIMA ‘23 yang merupakan edisi ke-16 bertemakan ‘Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia’ bermula Selasa lepas dan berakhir semalam. LIMA edisi seterusnya dijangka berlangsung pada Mei 2025.

    Penganjuran tahun ini melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan (sektor pertahanan) dan Kementerian Pengangkutan (sektor komersial). – Bernama

    Orang ramai begitu teruja apabila berpeluang melihat dunia aeroangkasa dan maritim dengan lebih dekat di LIMA’23 yang berlangsung selama lima hari. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda