Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    Pengantin lelaki ditembak semasa majlis perkahwinan

    ST. LOUIS, 2 JULAI – Seorang lelaki St. Louis dirawat di hospital dalam keadaan kritikal kelmarin selepas ditembak di kepala oleh lelaki bertopeng semasa majlis perkahwinannya pada malam Jumaat.

    Polis berkata dua lelaki bertopeng memasuki halaman belakang rumah pengantin perempuan St. Louis, Dulce Gonzalez, awal Sabtu ketika tetamu meraikan majlis perkahwinan kecil pasangan itu di rumah, lapor KSDK-TV, kelmarin.

    Kakak pengantin perempuan, Yaribeth Peña memberitahu stesen TV itu bahawa dua lelaki memakai topeng ski mengarahkan tetamu supaya jangan bergerak.

    Polis memberitahu seorang lelaki bersenjata berdiri di belakang pengantin lelaki, Manuel Gonzalez, 32, ketika seorang lagi mengambil wang tetamu. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...