Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengantin maut pada hari perkahwinan

    NEW DELHI, 28 Feb – Pengantin lelaki di New Delhi terbunuh akibat tembakan rambang selepas salah seorang yang menghadiri majlis itu melepaskan tembakan sebagai menandakan sambutan perayaan perkahwinan itu bermula, kata polis hari ini.

    Deepak Kumar, 21, ditembak ketika memimpin acara itu ke rumah pengantin perempuannya di ibu negara India pada petang kelmarin. Polis berkata, suspek ketika itu melepaskan tembakan sebagai menandakan permulaan majlis tetapi malangnya peluru tersebut mengenai pengantin lelaki itu.

    “Dia jatuh dan dikejarkan ke hospital di mana dia disahkan meninggal dunia selepas tengah malam,” kata Nupur Prasad, timbalan pesuruhjaya polis Delhi kepada AFP.

    Menembak senjata di udara pada majlis perkahwinan dan perayaan lainnya adalah suatu perkara yang sering dilakukan di Asia Selatan. Amalan ini menyalahi undang-undang di India tetapi masih banyak yang melakukannya. Prasad berkata keluarga pengantin lelaki telah mengenal pasti lelaki yang menembak peluru tersebut.

    “Ia adalah siasatan berterusan dan kami cuba untuk memastikan sumber senjatanya,” katanya.

    Amit, salah seorang tetamu perkahwinan, memberitahu akhbar Times of India di sana “terdapat beberapa orang yang membawa senjata api untuk melepaskan tembakan sebagai bermulanya perayaan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda