Thursday, July 4, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Pengarah Aeon ditahan terlibat kes manipulasi harga beras

    YANGON, 1 JULAI – Pihak berkuasa Myanmar telah menahan seorang warga Jepun yang bekerja untuk syarikat gergasi runcit Aeon atas tuduhan menjual beras pada harga yang amat tinggi, dengan Tokyo mendesak agar beliau segera dibebaskan.

    Pengarah Aeon Orange, Hiroshi Kasamatsu, yang mengendalikan beberapa pasar raya di Myanmar, telah ditahan selepas siasatan terhadap kilang beras dan pasar raya, menurut pasukan maklumat junta lewat kelmarin.

    Kasamatsu dan tiga warga Myanmar disyaki melanggar panduan harga di bawah Undang-undang Bekalan dan Perkhidmatan Penting serta ‘menjual beras pada harga lebih tinggi dengan tujuan mencetuskan gangguan ekonomi’, menurut kenyataan itu.

    Tiada butiran lanjut mengenai bila Kasamatsu ditahan atau di mana beliau ditahan.

    “Setakat pengetahuan kami, beliau (Kasamatsu) sedang disoal siasat di sebuah balai polis di Yangon,” kata jurucakap kerajaan Jepun, Yoshimasa Hayashi kepada wartawan di Tokyo.

    Seorang peguam telah bertemu dengan Kasamatsu kelmarin dan memaklumkan pegawai kedutaan Jepun bahawa ‘tiada apa-apa yang bermasalah dengan keadaan kesihatannya’, katanya.

    “Kami… menggesa pihak berkuasa tempatan agar membebaskannya segera,” kata Hayashi. – AFP

    Para pelanggan ketika membeli-belah di pasar raya Aeon Orange di Yangon pada 1 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...