Pengarah komunikasi Kamala Harris letak jawatan

WASHINGTON, 19 NOV – Pengarah Komunikasi Naib Presiden AS Kamala Harris, Ashely Etienne akan meletak jawatan dalam pentadbiran Biden pada Disember, menurut Sputnik memetik laporan CNN.

Etienne yang menyertai pasukan Naib Presiden dan bekerja keras untuk memajukan matlamat pentadbiran Biden, bakal meninggalkan pejabat itu pada Disember untuk mengejar peluang lain, laporan itu memetik seorang pegawai Rumah Putih pada Khamis.

Berita itu timbul ketika munculnya laporan mengenai konflik antara Harris dan Presiden Joe Biden. Jurucakap Rumah Putih Jen Psaki pada Ahad menafikan laporan itu, menyifatkan Harris sebagai rakan kongsi penting dan pemimpin yang berani.

Harris dalam satu temu bual berkata beliau kini tidak membincangkan rancangan mengenai pilihan raya presiden 2024 bersama Biden. – Bernama