Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pengarah, pengurus syarikat didenda jual kasut dan selipar jenama palsu

    IPOH, 28 JULAI – Dua pengarah dan seorang pengurus syarikat masing-masing didenda RM130,260 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan memperdagang sejumlah 4,342 pasang kasut serta selipar berjenama palsu, empat tahun lepas.

    Hakim Norashima Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas Yap Kian Seng, 61, dan Sun Haixia, 41, yang merupakan warga China, serta Yap Yin Keat, 51, selepas pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

    Beliau turut mengenakan denda sebanyak RM217,100 terhadap syarikat Enhengda Sdn Bhd atas pertuduhan sama.

    Ketiga-tiga individu didakwa mengikut Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut Seksyen 8(2)(B) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM10,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu atau kedua-duanya.

    Syarikat itu pula didakwa mengikut Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 dan dihukum mengikut Seksyen 8(2)(A) akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM15,000 untuk setiap barangan yang diletakkan perihal dagangan palsu.

    Mereka didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di premis Enghengda Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Menglembu di sini pada 11:10 pagi 17 Mei 2019. – Bernama

    Dua pengarah dan seorang pengurus syarikat masing-masing didenda RM130,260 oleh Mahkamah Sesyen, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...