BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan titah perkenan bagi Pengarah Perhutanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Dayang Noralinda binti Haji Ibrahim untuk dinaikkan pangkat dan seterusnya dilantik menjadi timbalan setiausaha tetap KSSUP.
Tarikh pelantikan pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai 7 Oktober.