Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengasas bersama the Eagles meninggal dunia

    Randy Meisner, salah seorang anggota pengasas kumpulan rock terkenal Eagles, telah meninggal dunia di Los Angeles pada usia 77 tahun, demikian diumumkan kumpulan itu baru-baru ini.

    Kematiannya pada malam Rabu disebabkan oleh komplikasi daripada penyakit paru-paru obstruktif kronik, menurut kenyataan di laman web kumpulan itu.

    Meisner adalah pemain bass asal dan penyanyi utama the Eagles, salah satu kumpulan terlaris dalam sejarah, yang lagu hitnya termasuk Hotel California, Take It Easy dan One of These Nights.

    “Randy adalah sebahagian daripada komponen utama dalam the Eagles dan memainkan peranan penting dalam kejayaan awal kumpulan tersebut,” kata kenyataan itu.

    “Keupayaan vokalnya sangat menakjubkan, seperti yang jelas dalam balada utamanya, Take It to the Limit.” The Eagles telah menjual lebih daripada 150 juta album di seluruh dunia, selepas lebih separuh abad dalam industri muzik, dan telah dimasukkan ke dalam Rock and Roll Hall of Fame pada tahun 1998. – AFP

    The Eagles (dari kiri) Bernie Leadon, Joe Walsh, Don Henley, Timothy Schmit, Don Felder dan Randy Meisner muncul bersama selepas menerima anugerah mereka dan telah dimasukkan ke dalam Rock and Roll Hall of Fame, 12 Januari 1998 di New York. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda